Airwheel Malaysia @ Berita Harian Newspaper

  • Source:http://www.bharian.com.my/node/50064

Era motosikal elektrik satu roda yang menjadi teknologi mobiliti popular terbaharu dunia kini menerjah pasaran Malaysia dengan pelbagai jenama seperti Airwheel, SoloWheel dan eBike.

Dipandu dengan meletakkannya di antara dua kaki dan menggunakan keseimbangan badan sepenuhnya untuk maju atau undur, teknologi itu cukup popular dikalangan pengguna pengangkutan awam di beberapa negara maju.

Kelihatan mengendalikannya cukup mudah apatah lagi dengan kehadiran beberapa pengguna komuter menggunakan roda elektrik di kakinya meluncur laju di celah-celah orang ramai, namun sebenarnya ia sukar dijinak dan dikawal.

Kesempatan penulis menguji dan menggunakan Airwheel sepanjang dua minggu memberikan pengalaman cukup berbeza.

Berbekalkan panduan ringkas daripada Airwheel Marketing Malaysia, satu daripada pengedar rasmi Airwheel Unicycle di Malaysia, penulis berjaya menguasai teknik menunggang Airwheel dalam tempoh seminggu.

Terdapat pelbagai cara untuk pengguna pelajari teknik mengawal Airwheel, namun satu kaedah yang paling berkesan adalah dengan membiasakan penggunaan Airwheel menggunakan bantuan palang pemegang tangan di laluan pejalan kaki kawasan taman. Selain memakai pelindung lutut, tangan, siku, dan helmet, pengguna perlu mengutamakan keselamatan dengan tidak menggunakan Airwheel di kawasan jalan raya, bangunan tinggi dan terlalu sesak dengan orang ramai. Cuba membiasakan diri dengan tujahan ke depan dan ke belakang Airwheel dengan berpaut pada palang pemegang tangan dan apabila sudah serasi dengan pergerakannya pengguna boleh melepas tangan seketika sebelum mencuba pada kelajuan yang selesa. Secara asasnya bagi penulis Airwheel lebih mudah diimbangkan apabila ia bergerak seperti mana kita mengimbangkan badan ketika menunggang basikal, namun yang penting pastikan badan ditegakkan untuk memberikan kawalan yang lebih baik. Manakala untuk membelok, pengguna hanya perlu memusingkan sedikit badan ke arah yang ingin di belok bagi memberikan sedikit tekanan kepada ke sisi Airwheel dan membolehkan ia membelok dengan lancar. Selain itu, pengguna juga disarankan menguasai teknik untuk naik dan turun dari Airwheel kerana ia memerlukan keseimbangan badan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/50064

Previous:Airwheel Electric Unicycle takes some beating.
Next:Airwheel Malaysia Breaking News @ RTM
Airwheel facebook